nuffnang
Monday, December 26, 2011
Get the iPhone 4s with iDiGi88 plan for only RM55 per month! #DGGilaInternet
Saturday, December 17, 2011
Pertandingan Golf anjuran Bank Rakyat 17.12.11
Banyak la jugak tadi mengambil gambar, namanye je cover event penyampaian hadiah, tapi sebelum penyampaian hadiah tu ade jugak cover untuk minum2, makan2 dan yang paling best masa diorang tengah layan TV sebab ade perlawanan badminton, itu pon kene cover...
tapi memang seronok la hari ni walaupon sakit belakang, dapat melihat kerenah dan telatah orang besar2 ni....
kat sini adala sikit gambar2 yang hendak dikongsi bersama semasa event tadi yang diadakan di Swiss Garden Damai Laut, Perak.
harap2 pas ni ade lagi job macam ni..takpon pasni layan main golf lak..hahahahahhaha
ok..sambung editting lagi...chow....ting!!!
Thursday, November 17, 2011
Nasi Lemak
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini saya ingi berkongsi resepi masakan iaitu Cara-cara membuat Nasi Lemak
Bahan-bahan:
3 cawan Beras
2 cawan Air
2 cawan Pati Santan Kelapa
1 inch Halia dipotong
Garam secukup rasa
Gula
sebatang Serai di ketuk
Bunga Cengkih (untuk bau aroma)
2 Helai Daun Pandan
Daun Pisang
Cara-cara menyediakannya:
1. Basuh beras dan rendam beras tersebut selama 2-3 jam
2. Didihkan air di dalam pengukus. Kukuskan beras selama 20 minit atau beras separuh masak (kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus da rendam beras tersebut di dalam air sehingga air rendaman itu sejuk atau suam.
4. Selepas itu, kukus kembali beras tersebut selama 10 minit.
5. Selepas itu, kuarkan beras tersebut dan gaulkan beras kukus tersebut bersama santan dan halia, sedikit garam, daun cengkih, dan serai yang telah diketuk.
6. Biarkan seketika sehingga santan kelapa diserap oleh beras tadi.
7. Akhir sekali, kukus kembali beras yang telah digaul bersama santan sebentar tadi dan beras akan kelihatan berderai dan cantik.
Cadangan: Jika ingin nasi berbau harum, semasa kukus, masukkan daun pandan dan semasa hidang, alaskan daun pisang supaya nasi lemak menjadi lebih harum dan bertambah selera.
Selamat mencuba resepi ini.....
Sambal Tumis Ikan Bilis (Nasi Lemak)
Friday, November 4, 2011
Senyum...
Sewaktu di pejabat ditempat kerja ku......
Staf : Tuan dengan Pegawai X tu satu badge ke?
Saya: Iye, memamng kami satu bagde, kenapa?
Staf: La...saya ingtakan Pegawai X tu senior tuan.
Saya: Aik, kenapa cakap macam tu???
Staf: Bukan tuan, walaupon badan tuan besar, tapi muka tuan tetap muda,
tuan selalu senyum, manis pulak tu, tak macam Pegawai X tu, payah
nak tengok die senyum, serius je, tu sebab cepat muka tak nampak
muda.
Saya: Eh, kamu ni, dengar kat Pegawai X tu, makan hati lak dia. Dia kan
Pegawai X, dan memang perwatakan dia macam tu, kene la terima.
Staf: Bukan apa tuan, kita patutnya selalu senyum, jangan wat muka
tension dan masam je, macam tuan, orang tengok tuan pun, sedap je
mata memandang, muka tuan langsung tak nampak muda, nampak
macam budak-budak dan tak padan dengan umur tuan.
Saya: Hahahah..nasib baik saya buka Pegawai Bahagian korang, kalau tak,
memang dah dapat anjakan gaji dah..hahha
Kemudian aku berlalu pergi menuju ke pejabat ku..Sekali sekala terfikir jugak apa yang diorang cakap, SENYUMAN tu memang satu senaman muka dan Senyuman juga merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
Oleh itu, janganlah kedekut untuk memberi senyuman walaupun ia hany
Thursday, October 27, 2011
Outing 1st Anniversaty bersama Nok Sangatt Crew
Walaupon baru dalam bidang ni, Alhamdulillah dapat menghasilkan beberapa gambar yang menarik.huhu..terima kasih kepada sifu2 o otai2 yang telah mencurahkan idea dan tunjuk ajar sepanjang outing yang sungguh menyeronokkan....
kat bawah ni ade beberapa gambar bersama talent2 yang diprovidekan..wah..kelas gitu..
huhuhu
Ni Adalah Nancy atau nama Sebenar Aida Liza..Dia ni juga merupakan salah sorang Make Up Artis Talent waktu tu walaupon die juga Model time tu, Hebatkan...dari segi gambar ni,nampak die mmg profesional la..dapat beraksi depan kamera dengan penuh condifent.
kat bawah ni ade beberapa gambar Nancy...
Ni pula Usagi Tsukino..Nama je Jepun tapi dalam hati melayu jati...lebih kurang macam kayu jati....die ni lak mmg dah pro dalam bidang mengerbangkan rambut..semua gambar die kebanyakkannya mengerbangkan rambut..huhuhu...kat bawah ni ade beberapa gambar2 Usagi....
ade beberapa talent lagi...insyallah saya akan update lagi pasni..nak sambung edit jap..huhuhuhuhu
Wednesday, October 26, 2011
GURU YANG TAK ADA OTAK
Saturday, October 22, 2011
Taktik Penjenayah Yang Terbaru
Astarfirullahhalazim..................
Apa la nak jadi ngn Malaysia ni? Dah jadi tak selamat dah...macam2 kejadian jenayah berlaku, Ragut, Rogol, Samun dan banyak lagi....
Baru2 ni terbaca kat FB mengenai taktik terbaru PENJENAYAH ni.
Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.
Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).
Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.
Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang.
Kad Deepavali
Friday, October 21, 2011
Adus.....Lelaki..Lelaki..Lelaki....
Awal2 pagi bukak FB dah tgk satu video mengenai PERGADUHAN DUA ORANG PEREMPUAN disebabkan oleh LELAKI!!!...adus....
Apo nie???Takkan la disebabkan lelaki tu pon nak gaduh, kalau yang bergaduh tu adalah ISTERI kepada lelaki tu, ok la jugak..adelah alasan kukuh dan berbaloi la nak cari gaduh @ serang pompuan tu tapi ini tidak, hanya gelaran "PAKWE" je, tak bergaduh bagai nak gila.tampar sana, tampar sini, come on la..kalau setakat PAKWE je pon, ape nak kisah, nampak sgt dua2 pihak tu bodoh.baik pompuan mahupon lelaki...
Pompuan bodoh sebab ditipu lelaki yang diorang rasakan HERO diorang dan bergaduh dikhalyak ramai @ kedai kasut yang menjadi perhatian orang ramai..Yang laki pulak, mula2 aku rasa dah macam hebat dah laki tu sebab dapat memainkan perasaan dua2 pompuan tu tapi bodoh gak, kot ye pon, cari la awek tu jauh2 sikit, ni tidak, cari awek yang berdekatan dan membolehkan mereka bertemu dan bertengkar menarik2 rambut dan tudung....sengal!!!
Camnilah, kalau terjumpa la pergaduhan macam ni kat luar tu, orang ramai patut ambik bahagian macam seorang kakak dalam video tu, die berusaha jugak nak meleraikan pergaduhan tu, kalau la saye tauke kedai time tu, memang dua2 pompuan tu saya hantukkan kepala, langsung tak leh nak pikir, otak tak tau letak kat mane, hanya kerana JANTAN, bergaduh macam kacau SUAMI orang...
Apa2 pon, jauhi perkara macam ni, okay....
Wednesday, October 19, 2011
Angry Birds!!! arghhhhhh....Comelnye....
Korang rasa korang peminat Angry Birds???? Jom miliki Angry Birds...comel, cute, dan arghhhhhhhhhhh..gerammmmnye Angry Birds....
Korang leh miliki Angry Birds Real Battlefields Game set dalm bentuk 3D ni berharga RM95 tetapi dengan harga RM69 sahaja dekat Hobbyspotz, Tesco Kepong. Penghantaran Antarabangsa juga tersedia......
Apa lagi, moh klik untuk lebih keterangan lanjut
korang klik je kat link
http://www.churpchurp.com/mohdroffe/share/HobbySportzBirds
PETAI!!!!!!!!!!!!!
Ber"PICNIC" di Teluk Senangin, Perak
Pizza Hurt Baru!!! 7 Chesses dalam 1 Pizza...
Monday, October 17, 2011
Ngantoknya....
Tahu tak MENGUAP boleh berjangkit???
Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.
Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap
Letakkan tangan atau tutup mulut semasa menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.