nuffnang
Thursday, November 17, 2011
Nasi Lemak
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini saya ingi berkongsi resepi masakan iaitu Cara-cara membuat Nasi Lemak
Bahan-bahan:
3 cawan Beras
2 cawan Air
2 cawan Pati Santan Kelapa
1 inch Halia dipotong
Garam secukup rasa
Gula
sebatang Serai di ketuk
Bunga Cengkih (untuk bau aroma)
2 Helai Daun Pandan
Daun Pisang
Cara-cara menyediakannya:
1. Basuh beras dan rendam beras tersebut selama 2-3 jam
2. Didihkan air di dalam pengukus. Kukuskan beras selama 20 minit atau beras separuh masak (kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus da rendam beras tersebut di dalam air sehingga air rendaman itu sejuk atau suam.
4. Selepas itu, kukus kembali beras tersebut selama 10 minit.
5. Selepas itu, kuarkan beras tersebut dan gaulkan beras kukus tersebut bersama santan dan halia, sedikit garam, daun cengkih, dan serai yang telah diketuk.
6. Biarkan seketika sehingga santan kelapa diserap oleh beras tadi.
7. Akhir sekali, kukus kembali beras yang telah digaul bersama santan sebentar tadi dan beras akan kelihatan berderai dan cantik.
Cadangan: Jika ingin nasi berbau harum, semasa kukus, masukkan daun pandan dan semasa hidang, alaskan daun pisang supaya nasi lemak menjadi lebih harum dan bertambah selera.
Selamat mencuba resepi ini.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment