nuffnang

Monday, October 17, 2011

Ngantoknya....



Apesal la hari ni terlalu ngantok ek???
Ade orang mengatakan bahawa Hari Isnin merupakan Hari Paling Malas di dunia kerana kita kan dah bercuti petang Jumaat, Sabtu dan Ahad, so bila nak mulakan kerja ni..rasa MALAS yang amat..

Kadang2 jam 10 pagi tu pon dah rasa nak balik bilik n tido..menguap tak habis2....

Kenapa kita mneguap???
hurm...

Sebenarnya penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan. Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.

Tahu tak MENGUAP boleh berjangkit???

Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.

Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap

Letakkan tangan atau tutup mulut semasa menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

So kalau nak stay sampai jam 5, haruslah wat senaman sikit.....

1,2,3,4 empat lagi........yeha!!!!

1 comment: