nuffnang

Thursday, November 17, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis (Nasi Lemak)


Hari ini kita akan bertukar kepada resepi makanan.

Saya ingin berkongsi cara-cara untuk memasak Sambal Tumis Ikan Bilis untuk Nasi Lemak

Bahan-bahan: (untuk 5 orang makan)

100g Lada Kering -Dikisar
3 biji Bawang Merah - Dikisar
4 ulas Bawang Putih - Dikisar
1 biji Bawang Besar - Dikisar
2 inch belacan - Dikisar
Halia - Dikisar
Asam Jawa
gula, garam dan serbuk perasa secukup dan sesedap rasa
Ikan Bilis - digoreng

Cara Menyediakan:
1. Rebus lada kering di dalam air dan pastikan lada kering dipotong dua semasa rebus untuk memastikan biji lada kering akan asing dari lada kering tersebut. 
2. Goreng Ikan Bilis dan tuskan minyak.- Letak ketepi selepas selesai.
3. Panaskan kuali
4. Masukkan secawan teh minyak masak 
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
6. Goreng bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
7. Sementara menunggu bahan-bahan dikisar nai bau, kisar lada kering dan pastikan tiada biji lada dalam lada tersebut untuk mengelakkan apendic.
8. Selepas lada kering dikisar, masukkan lada ke dalam bahan-bahan yang dikisar dan kacau sehingga sebati.
9. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa dan sesedap rasa tetapi jangan sesuka ati.
10. Kacau sambal sehingga rasa sebati.
11. Perlahankan api dapur anda dan biarkan sambal mendidih di atas dapur sehingga "pecah minyak"
12. Apabila telah "pecah minyak", padamkan api dapur dan hidangkan sambal anda.

*Cadangan: Jika ingin melemakkan lagi sambal itu, anda boleh masukkan Santan Kelapa sebelum "pecah minyak" dan kacau dan biarkan sambal anda sehingga "pecah minyak"

Peringatan: Jika sambal anda kering, anda boleh tambah minyak masak dan kacau sambal anda.

Selamat Mencuba resepi Sambl Tumis Ikan Bilis saya ini...






No comments:

Post a Comment