nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

PETAI!!!!!!!!!!!!!


Walawei....besar gile petai ni..Mane nak dapat petai ni??? Mesti banyak khasiat ni, seperti yang kita tahu Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain.

Buah petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae. Buah petai banyak ataupun senang didapati dikawasan Tropika.

Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.

Kalau nak awet muda, makan petai sekali ngn kulit, cicah BUDU, mmg best dan layan...so apa lagi...cepat dapatkan petai ni.huhuhu

No comments:

Post a Comment