nuffnang

Saturday, October 22, 2011

Kad Deepavali

Alhamdulillah..akhirnya siap jugak kad Deepavali yang diberikan kepada bos, yang paling best masa pembuatan kad tersebut, macam2 kerenah dan kreativiti anggota semasa design kad,

Ni masa tengah wat KOLUM (betul ke ejaan ni).ala, yang guna beras warna warni, sekang tengah test kat tempat lain dulu sebelum nak letakkan kat atas kad, sungguh teliti dan cermat mase wat ni, ye la, kalau gam terlebih, lambat la nak kering, huhuh..lebih kurang 2 jam nak siapkan kolum ni, kalau kitorang dua jam, camne lak ngn kaum india??mesti 30 minit je sebb diorang dah PRO..hohohoo..


Ni pula dari pandangan atas, tgk yang printed ngn hasil tangan, lebih kurang je kan..huhuh, menggigil2 kot mase letak beras tu, yelan nnt kalau terlampau sikit, tak cantik la KOLUM tu.macam2 warna ada, MERAH,HIJAU, BIRU, KUNING dan UNGU, memang betul2 colorful la sejajar dengan Perayaan Deepavali yang penuh dengan Warna Warni.


Ni pula bahagian belakang kad..masih belum tampal lagi lambang tu, Burung Merak tu pulak akan diletakkan di bahagian depan, nampak je kecik burung tu, tapi harga....RM16 hengget....mahal tu....tapi memang comel ar.huhuh...



Ni paling smart n kreatif serta inovatif, Bagi memudahkan untuk letak gam supaya tidak terlalu meleleh, anggota saye dah modify gam ni dengan melatakkan hujung kepala PEN sebagai saluran gam keluar dari botol, pergh..lepas tu, mmg cepat la siap n senang nak letak beras atas lakaran KOLUM di atas kad tu, memang TERBAIK la!!!


Kertas warna pink tu adalah ucapan sempena Diwali ni, tangan kat bawah tu pula tengah bajet nak lakar KOLUM di atas kad tu, walaupun nampak kecik je pelita tu, tapi na letak beras warna warni tu, agak boleh meleraikan urat-urat kentut kot..hohohoho



Ni waktu lakaran KOLUM dah siap n proses nak letakkan beras mengikut lakaran yang dilukis, agak mencabar minda time ni coz nak pastikan setiap sudut dipenuhi oleh beras tersebut, kalau perasan kat tangan tu tengah pegang kertas warna biru sebagai alat untuk mengahadang beras warna warni tersebut daripada terkeluar dari lakaran KOLUM tu. masa ni mmg peluh jantan keluar walaupun bilik beraircond.




 Ini lah hasilnya, comel kan?????hahahha...walaupun warna nampak simple je, tapi kerjanya, Masyallah...hanya diri yang wat je tahu...huhuuhuh...


Ini lah hasilnya, besar kan...bayangkan tinggi saya 180cm n kad pula dah hampir separuh dari badan saya, hahaha.kad paling besar pernah saya hasilkan....tapi....ini baru muka surat dalam,so belum tgk muka surat depan,so maknanya besar kad ini adalah dua kali ganda apabila dibuka...hahhaha...sungguh besarkan...seronokla pulak...

Petang Jumaat 21 Okt, saya bersama ketua bahagian lain menyampaikan kad tersebut kepada bos, dan yang paling best, bos cukup terharu dan bayangkan umur bos dah 50 tahun lebih dan inilah kad paling besar pernah dia milik sepanjang hidup die, then dia mengambil keputusan untuk meletakkan kad tersebut di ruang tamu dirumah beliau..hohooh....then yaang paling best jugak, petang lepas semayang Jumaat, terus off untuk semua anggota,hahahha...

Insyallah pas ni nak wat kad macam ni lagi la untuk individu2 yang layak menerimanya..hhhehehhehehe..Hope enjoy..PEACE!!!

1 comment: