nuffnang
Thursday, November 17, 2011
Nasi Lemak
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini saya ingi berkongsi resepi masakan iaitu Cara-cara membuat Nasi Lemak
Bahan-bahan:
3 cawan Beras
2 cawan Air
2 cawan Pati Santan Kelapa
1 inch Halia dipotong
Garam secukup rasa
Gula
sebatang Serai di ketuk
Bunga Cengkih (untuk bau aroma)
2 Helai Daun Pandan
Daun Pisang
Cara-cara menyediakannya:
1. Basuh beras dan rendam beras tersebut selama 2-3 jam
2. Didihkan air di dalam pengukus. Kukuskan beras selama 20 minit atau beras separuh masak (kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus da rendam beras tersebut di dalam air sehingga air rendaman itu sejuk atau suam.
4. Selepas itu, kukus kembali beras tersebut selama 10 minit.
5. Selepas itu, kuarkan beras tersebut dan gaulkan beras kukus tersebut bersama santan dan halia, sedikit garam, daun cengkih, dan serai yang telah diketuk.
6. Biarkan seketika sehingga santan kelapa diserap oleh beras tadi.
7. Akhir sekali, kukus kembali beras yang telah digaul bersama santan sebentar tadi dan beras akan kelihatan berderai dan cantik.
Cadangan: Jika ingin nasi berbau harum, semasa kukus, masukkan daun pandan dan semasa hidang, alaskan daun pisang supaya nasi lemak menjadi lebih harum dan bertambah selera.
Selamat mencuba resepi ini.....
Sambal Tumis Ikan Bilis (Nasi Lemak)
Saya ingin berkongsi cara-cara untuk memasak Sambal Tumis Ikan Bilis untuk Nasi Lemak
Bahan-bahan: (untuk 5 orang makan)
100g Lada Kering -Dikisar
3 biji Bawang Merah - Dikisar
4 ulas Bawang Putih - Dikisar
1 biji Bawang Besar - Dikisar
2 inch belacan - Dikisar
Halia - Dikisar
Asam Jawa
gula, garam dan serbuk perasa secukup dan sesedap rasa
Ikan Bilis - digoreng
Cara Menyediakan:
1. Rebus lada kering di dalam air dan pastikan lada kering dipotong dua semasa rebus untuk memastikan biji lada kering akan asing dari lada kering tersebut.
2. Goreng Ikan Bilis dan tuskan minyak.- Letak ketepi selepas selesai.
3. Panaskan kuali
4. Masukkan secawan teh minyak masak
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
6. Goreng bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
7. Sementara menunggu bahan-bahan dikisar nai bau, kisar lada kering dan pastikan tiada biji lada dalam lada tersebut untuk mengelakkan apendic.
8. Selepas lada kering dikisar, masukkan lada ke dalam bahan-bahan yang dikisar dan kacau sehingga sebati.
9. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa dan sesedap rasa tetapi jangan sesuka ati.
10. Kacau sambal sehingga rasa sebati.
11. Perlahankan api dapur anda dan biarkan sambal mendidih di atas dapur sehingga "pecah minyak"
12. Apabila telah "pecah minyak", padamkan api dapur dan hidangkan sambal anda.
*Cadangan: Jika ingin melemakkan lagi sambal itu, anda boleh masukkan Santan Kelapa sebelum "pecah minyak" dan kacau dan biarkan sambal anda sehingga "pecah minyak"
Peringatan: Jika sambal anda kering, anda boleh tambah minyak masak dan kacau sambal anda.
Selamat Mencuba resepi Sambl Tumis Ikan Bilis saya ini...
Friday, November 4, 2011
Senyum...
Sewaktu di pejabat ditempat kerja ku......
Staf : Tuan dengan Pegawai X tu satu badge ke?
Saya: Iye, memamng kami satu bagde, kenapa?
Staf: La...saya ingtakan Pegawai X tu senior tuan.
Saya: Aik, kenapa cakap macam tu???
Staf: Bukan tuan, walaupon badan tuan besar, tapi muka tuan tetap muda,
tuan selalu senyum, manis pulak tu, tak macam Pegawai X tu, payah
nak tengok die senyum, serius je, tu sebab cepat muka tak nampak
muda.
Saya: Eh, kamu ni, dengar kat Pegawai X tu, makan hati lak dia. Dia kan
Pegawai X, dan memang perwatakan dia macam tu, kene la terima.
Staf: Bukan apa tuan, kita patutnya selalu senyum, jangan wat muka
tension dan masam je, macam tuan, orang tengok tuan pun, sedap je
mata memandang, muka tuan langsung tak nampak muda, nampak
macam budak-budak dan tak padan dengan umur tuan.
Saya: Hahahah..nasib baik saya buka Pegawai Bahagian korang, kalau tak,
memang dah dapat anjakan gaji dah..hahha
Kemudian aku berlalu pergi menuju ke pejabat ku..Sekali sekala terfikir jugak apa yang diorang cakap, SENYUMAN tu memang satu senaman muka dan Senyuman juga merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
Oleh itu, janganlah kedekut untuk memberi senyuman walaupun ia hany
Subscribe to:
Posts (Atom)