nuffnang

Wednesday, June 27, 2012

Hari Pertunanganku


Alhamdulillah, tanggal 23 Jun 12, Aku dan Ain Zulaikha telah ditunangkan pada Majlis Pertunangan Kami. Walaupun hanya keluarga terdekat yang datang tapi ia cukup meriah. Kehadiran mereka membuatkan lagi majlis tersebut meriah dan penuh bermakna. Majlis yang diadakan tak lah semeriah dan sebesar mana, hantaran dan adat pon tak dibuat, hanya menyarungkan cincin pada bakal pasanganKu oleh Bonda tercintaku.

Bila terlihat muka Kekasihku, Aku cukup terharu kerana Dia telah lama impikan semua ini, dan akhirnya ia menjadi kenyataan dan aku amat gembira kerana Akulah insan yang menggembikan Dia. Tatkala Bondaku menyarungkan cincin pada jarinya, Aku melihat anak matanya merah seperti menahan air mata dari berguguran, apabila majlis selesai, Aku ada bertanyakan padanya mengapa Mata Merah, lalu dia menjawab, dia kelu dan gembira tak terkata kerana apa yang dia impikan selama ini telah jadi kenyataan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Pada hari tersebut juga, kami selitkan sekali dengan Majlis Sambutan Hari Lahir Aku, Pakcikku dan Sepupuku. Kami meraikan Hari Lahir pada hari tersebut bagi meraikan hari lahir kami pada bulan Jun.huhu..memang sungguh gembira dengan telatah dan rancakan kanak-kanak bermain. Ada yang ketawa, menangis dan ade yang membawa diri sebab tak dilayan..huhuhuuh....


Monday, December 26, 2011

Get the iPhone 4s with iDiGi88 plan for only RM55 per month! #DGGilaInternet

Korang Gila Internet???Korang Inginkan iPhone 4s???Gile Murah!!!!Jom sertai pakej Digi Plan dengan hanya RM55 saje,korang dah boleh mengakses Internet di mana sahaja. Jangan Buang masa lagi...Gile Best!!!!!!!!!!!

Untuk keterangan lanjut....Klik pautan ini...---------------->>Get the iPhone 4s with iDiGi88 plan for only RM55 per month! #DGGilaInternet

Saturday, December 17, 2011

Pertandingan Golf anjuran Bank Rakyat 17.12.11

Waduh2..penat sungguh hari ni, walupun cover hanya events price giving, tapi nak berdiri menunggu 100 orang peserta terima hadiah, mmg cukup memenatkan....apa2 pon mmg seronok walaupun ini adalah tugasan pertama aku mengambil gambar untk agensi luar..agak besar kot event tu siap ade Tan Sri, Dato Sri, Dato dan yang paling Orang Besar Jajahan Manjung (betul ke??)...yang paling best title adalah Orang Kaya-kaya....tu adalah title bagi orang perak kat sini.....

Banyak la jugak tadi mengambil gambar, namanye je cover event penyampaian hadiah, tapi sebelum penyampaian hadiah tu ade jugak cover untuk minum2, makan2 dan yang paling best masa diorang tengah layan TV sebab ade perlawanan badminton, itu pon kene cover...
tapi memang seronok la hari ni walaupon sakit belakang, dapat melihat kerenah dan telatah orang besar2 ni....

kat sini adala sikit gambar2 yang hendak dikongsi bersama semasa event tadi yang diadakan di Swiss Garden Damai Laut, Perak.










harap2 pas ni ade lagi job macam ni..takpon pasni layan main golf lak..hahahahahhaha

ok..sambung editting lagi...chow....ting!!!

Thursday, November 17, 2011

Nasi Lemak



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini saya ingi berkongsi resepi masakan iaitu Cara-cara membuat Nasi Lemak

Bahan-bahan:

3 cawan Beras
2 cawan Air
2 cawan Pati Santan Kelapa
1 inch Halia dipotong
Garam secukup rasa
Gula
sebatang Serai di ketuk
Bunga Cengkih (untuk bau aroma)
2 Helai Daun Pandan
Daun Pisang


Cara-cara menyediakannya:

1. Basuh beras dan rendam beras tersebut selama 2-3 jam
2. Didihkan air di dalam pengukus. Kukuskan beras selama 20 minit atau beras separuh masak (kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus da rendam beras tersebut di dalam air sehingga air rendaman itu sejuk atau suam.
4. Selepas itu, kukus kembali beras tersebut selama 10 minit.
5. Selepas itu, kuarkan beras tersebut dan gaulkan beras kukus tersebut bersama santan dan halia, sedikit garam, daun cengkih, dan serai yang telah diketuk.
6. Biarkan seketika sehingga santan kelapa diserap oleh beras tadi.
7. Akhir sekali, kukus kembali beras yang telah digaul bersama santan sebentar tadi dan beras akan kelihatan berderai dan cantik.

Cadangan: Jika ingin nasi berbau harum, semasa kukus, masukkan daun pandan dan semasa hidang, alaskan daun pisang supaya nasi lemak menjadi lebih harum dan bertambah selera.

Selamat mencuba resepi ini.....