nuffnang
Wednesday, June 27, 2012
Hari Pertunanganku
Alhamdulillah, tanggal 23 Jun 12, Aku dan Ain Zulaikha telah ditunangkan pada Majlis Pertunangan Kami. Walaupun hanya keluarga terdekat yang datang tapi ia cukup meriah. Kehadiran mereka membuatkan lagi majlis tersebut meriah dan penuh bermakna. Majlis yang diadakan tak lah semeriah dan sebesar mana, hantaran dan adat pon tak dibuat, hanya menyarungkan cincin pada bakal pasanganKu oleh Bonda tercintaku.
Bila terlihat muka Kekasihku, Aku cukup terharu kerana Dia telah lama impikan semua ini, dan akhirnya ia menjadi kenyataan dan aku amat gembira kerana Akulah insan yang menggembikan Dia. Tatkala Bondaku menyarungkan cincin pada jarinya, Aku melihat anak matanya merah seperti menahan air mata dari berguguran, apabila majlis selesai, Aku ada bertanyakan padanya mengapa Mata Merah, lalu dia menjawab, dia kelu dan gembira tak terkata kerana apa yang dia impikan selama ini telah jadi kenyataan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Pada hari tersebut juga, kami selitkan sekali dengan Majlis Sambutan Hari Lahir Aku, Pakcikku dan Sepupuku. Kami meraikan Hari Lahir pada hari tersebut bagi meraikan hari lahir kami pada bulan Jun.huhu..memang sungguh gembira dengan telatah dan rancakan kanak-kanak bermain. Ada yang ketawa, menangis dan ade yang membawa diri sebab tak dilayan..huhuhuuh....
Subscribe to:
Posts (Atom)